Get Adobe Flash player
 
Peranan Utama BHEPMM        * Pembangunan Fizikal       * Pembangunan Angkatan       * Dasar & Keurusetiaan Maritim 

 

Assalamulaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia


kpBahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM) memainkan peranan penting di dalam memastikan kejayaan hala tuju Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).  Transformasi berterusan dibuat sejajar dengan dasar-dasar kerajaan. Pelaksanaan perolehan aset-aset APMM dibuat secara optimum malah pendekatan secara National Blue Ocean Strategy (NBOS) di antara APMM dengan agensi-agensi yang lain akan menjadi keutamaan BHEPMM.

Selaras dengan Rancangan Malaysia Kesebelas, Kesejahteraan Rakyat Malaysia merupakan salah satu elemen penting di dalam enam teras strategik negara.  BHEPMM memainkan peranan penting bagi pencapaian teras strategik tersebut dengan memastikan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan di perairan Malaysia dijalankan dengan cekap dan berkesan oleh APMM.

BHEPMM bertanggungjawab dalam urusan pembentukan dasar-dasar berkaitan dengan pengurusan maritim bagi APMM serta urusan berkaitan dengan perolehan dan pembangunan APMM.  Pengasingan tugas daripada APMM ini adalah bagi membolehkan APMM menumpukan kepada tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan di Perairan Malaysia secara lebih berkesan.

Laman web ini akan memaparkan input-input terkini tugas dan aktiviti BHEPMM bagi membangunkan angkatan APMM kearah meningkatkan kesejahteraan maritim Malaysia.  Diharapkan laman web ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung.

Selamat Melayari Laman Web BHEPMM.

 

ENCIK SHAHARUDDIN BIN ABU SOHOT

KETUA PENGARAH BHEPMM

 

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini207
mod_vvisit_counterBulan Ini4011
mod_vvisit_counterKeseluruhan1692314

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia Portal Rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Portal Rasmi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia

Laman Web Rasmi Biro Pengaduan Awam MalaysiaLaman Web Rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah MalaysiaPortal Rasmi Institut Tadbiran Awam Negara, MalaysiamyGov MobilePusat Rujukan Persuratan Melayu

Pengumuman & Hebahan
Kakitangan Sahaja



.