Get Adobe Flash player
 
Peranan Utama BHEPMM        * Pembangunan Fizikal       * Pembangunan Angkatan       * Dasar & Keurusetiaan Maritim 

 

Cadangan penubuhan sebuah "sekretariat" di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dalam urusan berkaitan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Mengenai Penubuhan APMM yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara pada 5 Februari 2005.

 

Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM) diwujudkan bagi meneruskan kesinambungan tugas Tim Nukleus APMM dan berfungsi sebagai sebuah "Kementerian" bagi membantu APMM dalam aspek operasi, perolehan, pembangunan angkatan, pembangunan dan perancangan strategik APMM setelah Tim Nukleus APMM dibubarkan pada 30 November 2005.

 

Pada peringkat awal penubuhan, Bahagian ini telah dikenali sebagai Bahagian Kawal Selia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melalui Waran Perjawatan Bil. A126 Tahun 2005 yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2005 dengan 42 perjawatan.  Walaubagaimanapun, Bahagian ini mula beroperasi pada 1 Mac 2006.

 

Pada 28 Jun 2006, nama Bahagian Kawal Selia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia kemudiannya diubah kepada Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim (BHEPMM) melalui Waran Perjawatan Bil. A68 Tahun 2006 berkuat kuasa 1 Jun 2006.

 

BHEPMM diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan dipertanggungjawab kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dan seorang Timbalan Menteri. BHEPMM bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di peringkat Jabatan Perdana Menteri.

 

 

 

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1602
mod_vvisit_counterBulan Ini42280
mod_vvisit_counterKeseluruhan1760925

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia Portal Rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Portal Rasmi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia

Laman Web Rasmi Biro Pengaduan Awam MalaysiaLaman Web Rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah MalaysiaPortal Rasmi Institut Tadbiran Awam Negara, MalaysiamyGov MobilePusat Rujukan Persuratan Melayu

Pengumuman & Hebahan
Kakitangan Sahaja



.