Get Adobe Flash player
 
Peranan Utama BHEPMM        * Pembangunan Fizikal       * Pembangunan Angkatan       * Dasar & Keurusetiaan Maritim 
S1
Mengapa Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM) diwujudkan?
J1
Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM) diwujudkan adalah bagi meneruskan kesinambungan tugas Tim Nukleus Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan berfungsi sebagai sebuah “Kementerian” setelah Tim Nukleus APMM dibubarkan pada 30 November 2005.
   
S2
Apakah perbezaan antara Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)?
J2

BHEPMM adalah sebuah Bahagian yang mana dari segi struktur organisasinya diletakkan di bawah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri. Bagi APMM pula, struktur organisasinya diletakkan secara terus di bawah YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Dari segi fungsi pula, BHEPMM adalah lebih berperanan sebagai kawal selia kepada APMM di samping bertanggungjawab dalam urusan pembentukan dasar penguatkuasaan maritim, serta melaksanakan urusan perolehan dan pembangunan APMM. BHEPMM diwujudkan melalui Waran Perjawatan Bil. A68 Tahun 2006 berkuat kuasa pada 1 Jun 2006.

Fungsi APMM pula adalah menjurus secara keseluruhannya kepada tugas-tugas pengoperasian untuk melaksanakan fungsi-fungsi penguatkuasaan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan Zon Maritim Malaysia dengan tujuan melindungi kepentingan maritim dan kepentingan Negara. APMM mempunyai bidang kuasa melalui Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 (Akta 633)

   
S3
Di manakah lokasi Pejabat BHEPMM?
J3
Pejabat BHEPMM terletak di Aras 12, One IOI Square, IOI Resort, 62502, Putrajaya. Ianya terletak di Tower 1 bersebelahan dengan Hotel Marriot, Putrajaya.
   
S4
Bagaimana untuk mendapatkan maklumat perolehan melalui sebut harga / tender di BHEPMM?
J4
Sebut harga / tender akan diiklankan di:-
  • Laman web eP
  • Portal rasmi BHEPMM
  • Papan kenyataan
  • Surat khabar (tender sahaja)

Mana-mana syarikat yang berdaftar dengan sistem ePerolehan akan dapat mencapai maklumat yang diperlukan dan boleh menyertai sebut harga, tender atau eBidding secara atas talian (online).

   
S5
Apakah perbezaan perjawatan dan skim perjawatan di antara BHEPMM dan APMM?
J5
Semua perjawatan di BHEPMM adalah terdiri daripada Penjawat Awam Gunasama Persekutuan manakala bagi perjawatan di APMM kebanyakannya terdiri daripada Pegawai Beruniform yang berada dalam Skim X.
 

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1433
mod_vvisit_counterBulan Ini42111
mod_vvisit_counterKeseluruhan1760756

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia Portal Rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Portal Rasmi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia

Laman Web Rasmi Biro Pengaduan Awam MalaysiaLaman Web Rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah MalaysiaPortal Rasmi Institut Tadbiran Awam Negara, MalaysiamyGov MobilePusat Rujukan Persuratan Melayu

Pengumuman & Hebahan
Kakitangan Sahaja



.